Wednesday, August 27, 2008

Mungkin 2

  1. Mungkin aku berada di sini untuk melepaskan segala terpendam.
  2. Mungkin aku menghabiskan masa mengadap 'internet' untuk menghilangkan kebosanan.
  3. Mungkin aku layan blog yang memeningkan kepala agar meningkatkan pengetahuan.
  4. Mungkin aku selalu baca blog insan lain bagi mengetahui keadaan insan itu.
  5. Mungkin aku suka menonton movies untuk mengisi masa lapang.
  6. Mungkin aku jarang sekali menonton 'TV' supaya aku tidak membuang masa.
  7. Mungkin aku kuat bejalan untuk menyihatkan badan.
  8. Mungkin aku kurang makan kerana mempunyai tubuh kecil.
  9. Mungkin aku malas makan sebab masa itu berharga.
  10. Mungkin aku tidur paling kurang 5jam supaya aku dapat rehat secukupnya.
  11. Mungkin aku kurangkan mandi kerana aku kurang berpeluh.
  12. Mungkin aku nampak bergaya akibat kehidupan masa lampau.
  13. Mungkin aku kelihatan kaya kerana allah memurahkan rezekiku.
  14. Mungkin aku hidup sederhana agar aku tidak melampaui batas.
  15. Mungkin aku tiada duit supaya aku tidak terlalu 'enjoy'.
  16. Mungkin aku banyak promosikan pihak tertentu/insan lain/syarikat agar mereka dapat membuat perkara sama kepada aku.
  17. Mungkin aku seringkali buat aduan agar nasib kita terpelihara.
  18. Mungkin aku berterus terang supaya niat aku tidak disalah ertikan.
  19. Mungkin aku hidup untuk saling bantu membantu.
  20. Mungkin aku banyak bersabar kerana ingatan yang telah difirmankan oleh-NYA di dalam Al-Quran.

1 comments:

Nurul Binti Ibunya said...

alangkah indahnya..kalo "mungkin" itu bertukar menjadi satu kenyataan..