Tuesday, December 9, 2008

Pertanyaanku

aku slalu ttanya2
dimana aku akan rebah
mungkinkah didepan Kaabah
sedang meagong kebesaranMu
sambil mengakui kekerdilanku
betapa waktuku menjadi kelabu

aku selalu ttanya2
dimana aku akan gugur
mungkin dalam mengatur langkah ke ruang raudah
mencari lingkaran ketenangan penghuluku
menginsafi ketelanjuran bemula dari kepala
menyusuri sekeping hati
kaki2 yang melangkah menendang pahala

aku selalu ttanya2
dimana akhirku
mungkinkah sedang besandiwara
tuah membunuh jebat penderhaka
atau jebat mencabar sultan yang tidak berwibawa
apakah mungkin bercumbu dengan waktu
sehingga menjadi bisu

aku terus ttanya2
kerana aku tidak tahu jawapannya
dikanan adalah syurga dikiri adalah neraka
dalam waktu yang masih terjaga akan terus ttanya2
ada masa ada ketika aku menjadi gementar
sesaat di neraka bagaimana siksanya
terhumban selama-lamanya tiada warna lukisannya
sejenak disyurga sungguh indah pelangi syurga
tiada penghujung nikmatnya

aku terus btanya2
kerana aku tidak tahu jawapannya
aku terus berdoa berdiri sebagai lelaki yang
setia tidak berbelah cintanya
tuhan adalah segala-galanya
dalam kekerdilanku aku menyerah
tuhan lebih mengetahui dimana letak ruangku
sesungguhnya aku memohon lihat wajah Nabiku
mengaku sebagai umat terakhir Nabiku

aku masih btanya2
adakah masih ada esok bagiku
yang sentiasa lupa akan hari esok
dan hanya mementingkan hari ini dan semalam
sesungguhnya kini ku sedar
tuhan masih sayangkanku
aku sudah terima sedikit ujian dariNya
sebagai ingatanku kemasa hadapan
hari esok yang hanya tuhanku yang tahu...

0 comments: