Thursday, January 1, 2009

Saving


kadang-kadang keliru apabila disebut pasal duit
- buat duit
- berapa duit ada

slalunya anda tahu macam mana nak buat duit, iaitu mempunyai pendapatan.
mencari pekerjaan yang boleh memberikan pendapatan bulanan, buat bisnes
yang boleh berikan pendapatan sampingan


Income
- dapat duit gaji bulan-bulan itu adalah income
- dapat duit sewa dari rumah itu adalah income
- dapat dividen dari saham itu adalah income
- dapat royalti dari penulisan buku, lirik dan sebagainya adalah income
- dapat pendapatan dari hasil jualan bisnes juga adalah income

tapi bila anda ditanya berapa duit anda ada, ia merujuk kepada
- berapa simpanan dalam akaun bank anda
- berapa nilai duit dalam Tabung Haji
- berapa banyak duit dalam ASB
- berapa ringgit nilai saham yang anda pegang


ia adalah
Aset
kalau jumlah pebelanjaan bulanan anda adalah RM 2,000 sebulan
dan anda mempunyai RM 10,000 dalam akaun bank, ia bermaksud
anda mempunyai simpanan yang bersamaan kos kehidupan anda selama 5 bulan.
10 tahun dulu, anda membeli rumah teres 2 tingkat dengan harga RM 180,000,
skarang pasaraya Jusco hanya 1km dari rumah anda. Nilainya kini meningkat
menjadi RM 280,000, tetapi disebabkan rumah nilainya tidak berapa nak cair (liquid),
jadinya nilai RM 280,000 itu hanyalah anggaran sahaja. duit dalam tangan anda
yang sebenar hanya diketahui selepas rumah tersebut dijual.
begitu juga dengan saham saham amanah, slagi mana pegangan saham anda
belum dijual, ia hanya berbentuk paper profit atau paper loss sahaja. real profit
atau real loss hanya bila anda jual pegangan saham anda.
tetapi ramai orang selalu lupa satu perkara, dan saya mahu anda untuk sentiasa ingat


Aliran Tunai (Cashflow)
ini adalah komponen yang paling penting yang menghubungkan antara buat duit
dan berapa duit yang anda akan ada, yang akan menentukan berapa banyak aset
yang akan ada untuk tahun-tahun akan datang.
buat duit banyak pun tapi tidak jaga aliran tunai, maka akhirnya tidak akan ada duit
dalam tangan.
RM 10,000 (pendapatan)
-RM 11,000 (perbelanjaan)
(RM 1,000) (tiada duit dalam tangan)

jadinya, aliran tunai anda adalah negatif, anda perlu jadikan ia begini
RM 2,000 (pendapatan)
-RM 1,500 (perbelanjaan)
RM 500 (duit dalam tangan)

jadinya aliran tunai anda adalah positif.
dan cara yang termudah untuk hasilkan keadaan begini adalah pay yourself first
RM 2,000 (pendapatan)
-RM 500 (duit dalam tangan)
RM 1,500 (perbelanjaan)

amalkan sampai mati, jadi sampai bila2 pun anda tidak akan short duit pada
hujung bulan. malah anda akan tinggalkan anak-anak anda dan isteri anda dalam
keadaan yang tidak meminta2 sebab simpanan anda mencukupi untuk mereka.
kalau sudah ada takaful maka mereka boleh dapat lagi lebih, senang anak2 nak
sambung pelajaran ke universiti walaupun anda sudah tiada nanti.

jadi bila anda sudah faham, maka bila nak terlibat dalam pelaburan hartanah maka
anda cuma tiru formula yang sama
RM 1,000 (pendapatan sewa)
-RM 750 (installment bank + kos lain)
RM 250 (duit dalam tangan)

jadi aliran tunai untuk pelaburan rumah anda adalah positif
itulah jenis pelaburan yang mesti anda buat
Untuk bisnes pula
RM 10,000 (jualan)
-RM 4,500 (kos bisnes)
RM 5,500 (duit dalam tangan)

jadinya bisnes anda akan terus maju dan maju, sbab untungnya besar. aliran tunai
anda jaga, tak perlu meminjam. boleh guna duit yang ada dalam tangan untuk buat
pelaburan bisnes yang lain macam nak tambah cawangan, cawangan bisnesc bukan
cawangan lain ye

untuk saham
RM 10,000 (modal)
-RM 600 (dividen / keuntungan bersih selepas jualan)
RM 10,600 (nilai portfolio yang baru)

jadi ini yang anda perlu tahu pasal duit pendapatan aset, aliran tunai
walaupun pendapatan anda kecil tetapi anda jaga aliran tunai, maka aset
akan akan terus berkembang
tetapi sekiranya anda berpendapatan besar sekalipun, tidak jaga aliran tunai
maka anda tidak akan ada aset
dan yang lebih baik adalah anda ada pendapatan besar jaga aliran tunai, maka
anda akan jadi jutawan

amacam
untuk situasi anda, apa yang perlu anda buat segera
tambah pendapatan
kawal aliran tunai
atau kedua-duanya sekali

p.s. Zakat dikenakan ke atas pendapatan atau aset
bayar zakat baru berkat

0 comments: