seorang llaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah, hasil dari perkahwinan
ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan.
kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera, si isteri sewaktu hidupnya.
adalah seorang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah,
ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan
sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya. rumah tangga yang indah ini
kekal selama 35 tahun, sehinggala si isteri meninggal dunia. setelah jenazah si isteri
diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga,
saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.
kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan
mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi
dan dicintai. namun demikian sebelum sempat sesiapapun berkata-kata si suami telah
berkata: semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku
sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini. Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan
kata-kata si suami itu. si suami meneruskan kata-katanya:
demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya,
sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan
bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu. maha suci Allah, sesungguhnya isteriku itu
adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan
anak2ku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak2ku dengan sempurna. aku
sentiasa bercita2 untuk membalas segala jasa baik yang dilakukannya kepada diriku, apabila ia
meninggal dunia aku teringat sebuah hadis Nabi s.a.w "mana-mana wanita yang meninggal dunia
sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
tatkala aku akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di
kepalanya dan aku berkata: wahai Allah, aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhaila ia.
kuulang2 kata2ku itu sehingga tenang dan puas hatiku. ketahuila sekalian sesungguhnya aku
disaat ini amat bahagia dan bgembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya
kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini. maka barang siapa yang telah bercadang
untuk mengucapkan takziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu
melakukannya. sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku kerana isteri telah meninggal dunia
dalam keadaan aku redha kepadanya. semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaanNya.
alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami, adakah kita mampu lakukan seperti
yg dilakukannya sehingga pemergian isterinya diredhai dan membahagiakan suaminya.
kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka
meninggal dunia, tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi...
Friday, January 9, 2009
Sebaik-baik pemergian
Posted by hezyHakym at 12:10 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment