boikot juga sebahagian dari usaha kita membantu umat islam di bumi Palestin
oleh itu, sy dan kamu harus berusaha ke arah itu
dikisahkan pada zaman nabi Ibrahim dulu pada ketika nabi Ibrahim
dibakar oleh Raja Namrud yang zalim api dikatakan sangat besar menjulang-julang
sehinggakan menghampirinya juga berasa begitu panas
ramai orang memerhatikan sahaja takut dan bimbang akan kemurkaan Raja Namrud
tiba-tiba kelihatan ada seekor burung pipit yang sangat kecil terbang
berulang-ulang kali dari kawasan perigi ke tempat pembakaran itu
rupa-rupanya burung kecil itu sedang membawa air menggunakan
paruhnya yang kecil itu untuk menyiram api yang sangat marak menyala
haiwan lain bertanyakan kepada burung kecil itu
“kau ni, melakukan sesuatu yang sia-sia, masakan air yang kau bawa itu
dapat memadamkan api yang besar itu”
burung kecil itu menjawab
“paling kurang bila aku mati nanti dan berhadapan dengan Allah
aku boleh menyatakan ini usaha aku untuk membantu nabi Ibrahim
air yang sedikit ini akan menjadi saksi usaha aku yang kecil ini"
[Begitulah jua dalam usaha kita memboikot produk Israel yang jahanam itu]
Thursday, March 5, 2009
Boikot
Posted by hezyHakym at 2:48 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment