pernahkah anda menatap wajah org2 terdekat dengan anda ketika mereka sedang tidur
kalau belum cubalah sekali menatap wajah2 ketenangan mereka ketika sedang tidur
ketika itu yang kelihatan adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari sseorg
org yang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tidak akan kelihatan wajah bengisnya
perhatikanla ayah anda ketika beliau sedang tidur sedarilah betapa badan yang dulu sasa
dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, rambut2 putih mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut-merut mulai terpahat di wajahnya, org inilah yang setiap hari bekerja keras
untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. org inilah rela melakukan apa sahaja asalkan
perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar
skarang beralihla lihatlah ibu anda kulitnya mulai keriput dan jemari yang dulu halus
membelai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang keras, org inilah
yg tiap hari mengurus keperluan kita yg sanggup berkorban jiwa dan raga, org inilah
yg paling rajin mengingatkan dan membebel kita semata2 kerana rasa kasih dan sayang
dan sayangnya ingatan dan teguran itu sering kita salah ertikan
cubala menatap wajah org2 tersayang, kakak abang adik saudara sahabat semuanya
rasakanla sensasi yang timbul sesudahnya, rasakanla energi cinta yang mengalir
perlahan-lahan ketika menatap wajah2 yang terlelap itu, rasakanla getaran cinta
yg mengalir deras ketika mengimbas kembali betapa banyaknya pengorbanan yang telah
dilakukan untuk kebahagiaan anda, pengorbanan yg kekadang tertutup oleh kesalah-fahaman
kecil yang entah kenapa selalu sahaja nampak besar, pengorbanan yang melelahkan namun
tidak diungkapkan. secara ajaib Allah mengatur agar pengorbanan itu dapat kelihatan lagi
melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur, rasakanla betapa kebahagiaan dan
keharuan seketika terganggu jika mengingatkan itu semua, bayangkanlah apa yang akan
terjadi jika keesokan hari org2 yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya buat selama2nya
renungkan kasih sayang adalah rahmat Allah, apabila kita merasakannya bermakna hidup
kita sentiasa dirahmati, kadang2 kita perlu berkorban untuk kasih sayang itu, bukan untuk
dihargai tetapi sebab kita percaya dan tahu erti kasih sayang yang sebenarnya...
Sunday, March 22, 2009
Wajah
Posted by hezyHakym at 3:20 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment