Saturday, September 27, 2008

Pengorbanan

pengorbanan dan rasa dihargai itu memanglah berbeza, tapi apalah erti pengorbanan kalau kita tak dihargai
zaman sekarang ni banyak orang tak faham erti pengorbanan yang sebenarnya, malah tak tahu menilai pengorbanan orang lain.
antara ego atau memang betul-betul 'sengal' tak tahu lah nak cakap apa, bila susah atau terdesak baru nak mencari kita, masa senang tak reti-reti pulak.
perlukah diberi muka pada orang macam ni, tepuk dada, orang yang benar-benar ada hati je yang pandai menilai.
buat insan yang tidak tahu menilai, ubahlah paradigma anda tu.
hidup ni ibarat roda, ada masanya kita di bawah ada masanya kita di atas.
pengorbanan tu bukan maksudnya korbankan semuanya yang ada, cukuplah yang memadai.
sesuatu yang memberi makna buat si pemberi dan penerima, hargailah sebuah pengorbanan
terutama sekali pengorbanan ibu bapa dan ahli keluarga yang sanggup bersusah-payah kerana anda.
kadang-kadang sedih rasa hati ni bila mengenangkan golongan-golongan yang tak paham erti kehidupan ni, tidak perlulah ditanya siapa di mana dan kenapa.
apa-apapun ingatlah semasa kita susah, siapa yang ada disisi, siapa yang sudi menghulurkan bantuan.
sekiranya masih tidak tahu menilai terpulanglah, sebagai manusia memanglah tak dinafikan kita ni memang tak sempurna.
tapi jangan gunakan ia sebagai alasan untuk tidak mahu berubah, belajarlah daripada pengalaman lalu.
lagi bagus kalau cuba mendalami pengalaman orang lain yang boleh dijadikan teladan, hidup ni kena belajar daripada pengalaman orang lain juga.
jadi lakukan sesuatu sebelum terlambat, jangan ditangisi apabila ia sudah tidak dapat dipulihkan.
sekadar mengingatkan untuk diri sendiri dan buat anda smua.
Sekian...


Aku dan kehidupan
detik waktu yang berlalu
mengajarku erti hidup yang berliku-liku
saat kurebah longlai dan kaku
membuatkan diriku tabah mengikis kesilapan lalu

dalam celahan rentetan sisa-sisa semalam
kuteruskan perjuangan walaupun jiwaku kadang-kala kelam
meneroka kehidupan yang bermacam ragam
ada kalanya indah ada kalanya membangkitkan perasaan geram

terlenakah aku dibuai mimpi-mimpi semalam
mampukah aku berdiri teguh, seteguh gunung yang mencecah langit biru
adakalanya sukar dimergerti
makna hidup ini

siapalah yang sudi memahami
kau aku dia mereka
tanyalah pada hati, apa mahunya
tanyalah pada akal, apa katanya

hidup ini mesti diteruskan
walau apa kata mereka, dia atau sesiapa
jadilah diri sendiri yang penuh pengertian
apalah ertinya hidup jika tidak dimengertikan...

0 comments: