Friday, November 28, 2008

Ibadah korban

korban adalah ibadah yang tertua pernah tercatat di dalam buku kehidupan manusia
alquran menceritakan bagaimana Habil dan Qabil telah melaksanakan korban di hadapan Allah
mereka adalah 2org anak Nabi Adam yang telah dipilih oleh Allah untuk melaksanakan korban
nabi Ibrahim juga telah diwahyukan di dalam mimpi baginda untuk mengorbankan nabi Ismail
yang kemudiannya ditukarkan kepada seekor kambing
begitu juga isteri baginda yang ditinggalkan di padang pasir bersama anaknya Ismail
maka korban adalah ibadah yang ulung sejak zaman berzaman
bagaimana kita sebagai umat akhir zaman ini berkorban, berkorban membawa makna
dan erti yang lebih besar
berkorban tidak sekadar membelanjakan wang RM400 daripada duit poket
untuk bersedekah untuk satu bahagian lembu korban sahaja
berkorban bukan sekadar membelanjakan wang daripada duit kutipan parti politik
untuk membeli 10 ekor lembu untuk dibahagi-bahagikan kepada cawangan atau bahagian
itu bukan korban yang sebenar, seorang ibu berkorban berjuang dengan nyawanya
untuk melahirkan zuriat agar anak itu
dapat dilahirkan ke dunia untuk menjadi insan yang boleh berbakti kepada masyarakat
sekiranya dia mati ketika itu maka dia dianggap syahid, kemudian si ibu berkorban
dengan memberi sepenuh kasih sayang
bangun malam menjaga anak yang sakit dan gembira dan sedih bersama anak semasa membesarkannya
si ayah berkorban dengan segala masa dan tenaga membanting tulang untuk mencari rezeki
agar si ibu dan anak dapat hidup di dalam keadaan yang serba cukup
si ayah kadangkala terpaksa melakukan dua kerja untuk memastikan anak dapat bersekolah
dan yurannya dan buku sekolahnya di bayar
seorg guru berkorban dengan membakar dirinya dengan mengajar ilmu dan mendidik
anak-anak muridnya dengan penuh sabar
tanpa mengira wang yang dikeluarkan daripada poket sendiri dan masa yang dilaburkan
pada waktu cuti am dan cuti sekolah
seorg pekerja am berkorban dengan memastikan bahawa kawasan tempat dia bekerja
berada di dalam keadaan yang bersih
mengotorkan diri dan melakukan kerja yang orang seperti doktor, peguam, guru dan pengurus syarikat
tidak mampu lakukan agar setiap orang di sekelilingnya sentiasa ceria
dan boleh melakukan kerja masing-masing dalam keadaan bersih, tanpa bau busuk dan kotor
setiap dari kita mampu berkorban dengan nilaian korban yang lebih besar dari seekor lembu
sekiranya semua isteri tidak mahu berkorban dengan cara tidak mahu mengandung
dan melahirkan kerana tidak mahu sakit
tidak mahu bangun malam dan takut nampak tidak menarik seperti dahulu apa akan jadi kepada dunia ini
sekiranya seorang doktor tidak mahu berkorban dengan bekerja lebih masa kerana menganggap
dibayar dengan pendapatan yang tidak setimpal dengan kerja
apakah yang akan berlaku kepada pesakit-pesakit miskin dan tidak berkemampuan
yang di ambang maut di tengah-tengah malam

tanpa pengorbanan - tiadalah penghidupan
pengorbanan Membawa kepada Penghidupan
selamat hari raya Aidil Adha...

0 comments: